Penolong Akauntan W29: Maklumat Jawatan & Jadual Gaji Terkini 2019

Berikut dikongsikan maklumat jawatan sebagai Penolong Akauntan W29.

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ini, sila isi borang SPA8i terlebih dahulu di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Akauntan.

Dapatkan informasi panggilan peperiksaan terkini di Channel Telegram KerjaGov 👉 https://t.me/kerjagov

Tugas Penolong Akauntan W29

Secara amnya, Penolong Akauntan bertanggungjawab menyelia sistem pembayaran gaji sesuatu jabatan / organisasi.

Selain itu, mereka juga perlu menyediakan laporan kewangan tahunan jabatan.

Menurut senarai tugas yang digariskan Jabatan Akauntan Negara (JANM), Penolong Akauntan juga bertugas:

  1. Membuat semakan dan meluluskan baucar <RM500,000
  2. Mengemaskini SG 20 (Gaji)
  3. Menyediakan laporan APCT
  4. Menyelenggara perakaunan aset dan inventori (to be)
  5. Ketua Pasukan Naziran
  6. Membantu dalam penyediaan kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan
    kursus/latihan.

Gaji, Bonus & Elaun Penjawat Awam

Berikut jadual gaji terkini jawatan Penolong Akauntan W29.

  • Gaji Minimum: RM1,498
  • Gaji Maksimum: RM5,678
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145

Sebagai penjawat awam, pastinya anda akan menikmati beberapa bonus dan elaun seperti:

  • Elaun Rumah
  • COLA
  • Bonus Tetap
  • Kenaikan Gaji Berkala
  • Kemudahan Pinjaman Kereta & Rumah
  • Cuti Fleksibel

Baca: 10 Kelebihan Penjawat Awam Berbanding Sektor Swasta

Syarat Kelayakan

Sebelum mengisi borang permohonan online, pastikan anda memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak SPA. Antaranya:

  • Berumur tidak kurang 18 tahun ketika tarikh tutup permohonan jawatan
  • Memiliki Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Memiliki Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Memiliki Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08)
  • Memiliki Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68)

Calon juga mestilah mendapat sekurang-kurangnya Gred C (Kepujian) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya.

Dapatkan deskripsi tugas rasmi Penolong Akauntan di sini.

Cara Memohon

Sekiranya anda rasakan jawatan Penolong Akauntan W29 ini paling sesuai dengan minat dan kelulusan anda, sila isi borang permohonan online di portal SPA8i.

SPA akan memanggil calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online sebelum ditemuduga. Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak dipertimbang ke jawatan tersebut.

Leave a Comment

download

Ebook Rujukan Exam PTD M41 2019

Dapatkan satu-satunya ebook rujukan peperiksaan online Peg. Tadbir Diplomatik yang terbukti membantu calon LULUS exam SPA.