Pegawai Teknologi Maklumat F41: Maklumat Jawatan & Jadual Gaji 2019

Ingin memohon jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41?

Berikut dikongsikan syarat kelayakan serta jadual gaji terkini jawatan tersebut.

Permohonan memasuki jawatan ini hanya boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i di portal rasmi SPA.

Dapatkan informasi panggilan peperiksaan terkini di Channel Telegram KerjaGov 👉 https://t.me/kerjagov

Jawatan berkaitan: Penolong Akauntan W29

Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

Sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, anda perlu mengkaji dan menganalisa komputer sedia ada supaya sentiasa kekal relevan dengan teknologi semasa.

Selain itu, anda juga perlu mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Berikut senarai tugas yang lebih terperinci yang digariskan oleh UTM:

Menyelenggara Peralatan ICT & Peranti Kelengkapan

  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan perkakasan IT yang tidak dapat berfungsi samada melalui telekomunikasi, lawatan tapak atau dibawa oleh penggung ke Unit IT.
  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan pemasangan komputer dan komponen ICT.
  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan meningkat upaya komputer.
  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan pencegahan terhadap perkakasan dan perisian ICT.

Menyelenggara Aplikasi Perkomputeran

  • Menjalankan kerja-kerja baikpulih dan instalasi perisian serta meningkat upaya system operasi dan aplikasinya.
  • Menjalankan kerja-kerja peningkatan perisian ke versi terkini.
  • Menjalankan kerja-kerja mengimbas dan menghapuskan virus komputer.

Bertanggungjawab Dalam Operasi Sistem

  • Bertugas mengikut jadual tugasan dan piawai yang ditetapkan di Unit IT.
  • Memberi perkhidmatan tunggu sedia bagi majlis-majlis rasmi Fakulti.

Gaji, Bonus & Elaun Penjawat Awam

Berikut jadual gaji terkini jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41.

  • Gaji Minimum: RM2,315
  • Gaji Maksimum: RM9,618
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225

Sebagai penjawat awam, pastinya anda akan menikmati beberapa bonus dan elaun seperti:

  • Elaun Rumah
  • COLA
  • Bonus Tetap
  • Kenaikan Gaji Berkala
  • Kemudahan Pinjaman Kereta & Rumah
  • Cuti Fleksibel

Syarat Kelayakan

Sebelum mengisi borang permohonan online, pastikan anda memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak SPA. Antaranya:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. 
    (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
  • Memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
  • Memiliki ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
  • Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).

Calon juga mestilah mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan deskripsi tugas rasmi Pegawai Teknologi Maklumat di sini.

Cara Memohon

Sekiranya anda rasakan jawatan Penolong Akauntan W29 ini paling sesuai dengan minat dan kelulusan anda, sila isi borang permohonan online di portal SPA8i.

SPA akan memanggil calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online sebelum ditemuduga. Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak dipertimbang ke jawatan tersebut.

Leave a Comment

download

Ebook Rujukan Exam PTD M41 2019

Dapatkan satu-satunya ebook rujukan peperiksaan online Peg. Tadbir Diplomatik yang terbukti membantu calon LULUS exam SPA.