Pegawai Arkib S41: Maklumat Jawatan & Jadual Gaji Terkini 2019

Berminat untuk bekerja sebagai Pegawai Arkib S41?

Berikut dikongsikan cara memohon jawatan tersebut beserta syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh SPA.

Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i.

Dapatkan informasi panggilan peperiksaan terkini di Channel Telegram KerjaGov 👉 https://t.me/kerjagov

Jawatan ini hanya untuk lepasan Ijazah ke atas sahaja.

Sekiranya berminat dengan jawatan lepasan Sijil / Diploma, anda boleh cuba mohon jawatan Penolong Akauntan.

Tugas Pegawai Arkib S41

Antara tugas hakiki Pegawai Arkib ialah mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia.

Selain itu, Pegawai Arkib juga bertanggungjawab menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Gaji, Bonus & Elaun Penjawat Awam

Berikut jadual gaji terkini jawatan Pegawai Arkib Gred S41.

  • Gaji Minimum: RM2,078
  • Gaji Maksimum: RM9,544
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225

Sebagai penjawat awam, pastinya anda akan menikmati beberapa bonus dan elaun seperti:

  • Elaun Rumah
  • COLA
  • Bonus Tetap
  • Kenaikan Gaji Berkala
  • Kemudahan Pinjaman Kereta & Rumah
  • Cuti Fleksibel

Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan ke jawatan ini:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Calon mestilah mendapat sekurang-kurangnya Gred C (Kepujian) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM.

Manakala bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Arkib, anda layak dipertimbangkan ke jawatan ini bergantung kepada kekosongan jawatan.

Namun anda mestilah memiliki ijazah yang telah dinyatakan di atas.

Selain itu anda juga perlu lulus satu peperiksaan khas yang ditetapkan SPA.

Had umur pelantikan seperti berikut:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon

Sekiranya anda rasakan jawatan Pegawai Arkib S41 ini paling sesuai dengan minat dan kelulusan anda, sila isi borang permohonan online di portal SPA8i.

SPA akan memanggil calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online sebelum ditemuduga. Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak dipertimbang ke jawatan tersebut.

Leave a Comment

download

Ebook Rujukan Exam PTD M41 2019

Dapatkan satu-satunya ebook rujukan peperiksaan online Peg. Tadbir Diplomatik yang terbukti membantu calon LULUS exam SPA.