Akauntan WA41: Maklumat Jawatan & Jadual Gaji Terkini 2019

Berminat untuk memohon jawatan sebagai Akauntan WA41?

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan ke jawatan tersebut serta syarat terkini yang ditetapkan oleh SPA.

Terdapat empat gred gaji bagi jawatan Akauntan sektor awam iaitu:

Dapatkan informasi panggilan peperiksaan terkini di Channel Telegram KerjaGov 👉 https://t.me/kerjagov

  • Akauntan WA41
  • Akauntan WA47
  • Akauntan WA51
  • Akauntan WA53

Perbezaan besar keempat-empat gred tersebut ialah tangga gaji seperti yang kami kongsikan di bawah.

Jawatan ini hanya terbuka untuk graduan lepasan Ijazah / Sarjan / PhD.

Bagi graduan lepasan diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penolong Akauntan.

Bidang Tugas Akauntan WA41

Secara amnya, Akauntan WA41 bertanggungjawab menguruskan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan termasuk melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

Kenaikan Pangkat

Anda berpeluang naik pangkat ke gred WA44 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila:

  • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
  • telah disahkan dalam perkhidmatan
  • memenuhi kompentensi dan potensi yang ditetapkan
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
  • diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Selain itu, Akauntan Gred WA41 yang memperolehi kelayakan Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) atau Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat terus ke gred WA48 sekiranya:

  • disahkan dalam perkhidmatan;
  • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  • memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
  • memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
  • diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Namun untuk kenaikan pangkat ke gred WA52 / WA54, anda perlu menjadi ahli MIA.

Keutamaan diberikan kepada pegawai yang mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf.

Gaji, Bonus & Elaun Penjawat Awam

Berikut jadual gaji terkini jawatan Akauntan WA41.

  • Gaji Minimum: RM2,820
  • Gaji Maksimum: RM9,585
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225

Gred Gaji WA47

  • Gaji Minimum: RM5,161
  • Gaji Maksimum: RM11,690
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM270

Gred Gaji WA51

  • Gaji Minimum: RM5,795
  • Gaji Maksimum: RM12,370
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM290

Gred Gaji WA53

  • Gaji Minimum: RM6,122
  • Gaji Maksimum: RM13,180
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM320

Sebagai penjawat awam, pastinya anda akan menikmati beberapa bonus dan elaun seperti:

  • Elaun Rumah
  • COLA
  • Bonus Tetap
  • Kenaikan Gaji Berkala
  • Kemudahan Pinjaman Kereta & Rumah
  • Cuti Fleksibel

Syarat Kelayakan

Sebelum mengisi borang permohonan online, pastikan anda memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak SPA. Antaranya:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
  • lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
    (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
  • lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
    (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).

Calon juga mestilah mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan deskripsi tugas rasmi jawatan Akauntan WA41 di sini.

Cara Memohon

Sekiranya anda rasakan jawatan Penolong Akauntan W29 ini paling sesuai dengan minat dan kelulusan anda, sila isi borang permohonan online di portal SPA8i.

SPA akan memanggil calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online sebelum ditemuduga. Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak dipertimbang ke jawatan tersebut.

Leave a Comment

download

Ebook Rujukan Exam PTD M41 2019

Dapatkan satu-satunya ebook rujukan peperiksaan online Peg. Tadbir Diplomatik yang terbukti membantu calon LULUS exam SPA.